Ahad

Gigi Ikan Seperti Manusia



Cerita kali ini bermula dgn seorang nelayan lelaki yang bernama Scott Curry yang berjaya menangkap ikan ini di Tasik Buffalo Springs,Texas.Dia segera mengetahui bahawa ikan ini memiliki gigi yang sama seperti manusia.Pengawal dari Tasik Buffalo Springs berkata bahawa beliau yg mengawal di kawasan ini selama 36 tahun,belum pernah melihat ikan seperti ini.Sebuah stesen televisyen tempatan di Texas segera membuat pengumuman bahawa sesiapa sahaja yang dapat menangkap ikan jenis ini lagi akan dihadiahkan 100 Dolar.Ikan ini ialah jenis ikan yang biasa ditemui di Sungai Amazon.




Nama sainstifik bagi ikan ini ialah Colossoma Macropomum atau disebut sbg ikan Pacu.Ia dapat membesar sehigga panjang 90 cm dan berat 30 kg.Ikan ini bukan saja boleh dijumpai di
Sungai Amazon malah ia ada dijual di kedai haiwan di Amerika Selatan.Yang menjadi misterinya adalah bagaimana ikan ini boleh sampai ke Tasik Buffalo Spring,Texas sedangkan ia berada di tempat lain?
Related Posts with Thumbnails

2 Komen:

maiyah berkata...

hehe.. cam klaka plak tgk ikan tu

Azman berkata...

ikan tu gigi jongang x ? kalau ye,lagi klakar,wahaha...

Catat Ulasan