Isnin

Lelaki Paling Tua Di Dunia Meninggal Dunia

TOKYO 19 Jun - Lelaki paling tua di dunia, Tomoji Tanabe (gambar) meninggal dunia di rumahnya di selatan Jepun hari ini(bulan jun) pada usia 113 tahun.Ahli-ahli keluarga berada di sisi Tanabe ketika mendiang yang menghidap masalah jantung kronik itu menghembuskan nafas terakhir, kata seorang pegawai di Miyakonojo City.

"Encik Tanabe menjadi simbol Miyakonojo dan telah menceriakan ramai penduduk di sini dan menjadikan bandar ini sebagai lambang bagi umur yang panjang," kata Datuk Bandar, Makoto Nagamine.

Semasa Tanabe menyambut hari lahirnya yang ke-113 pada 18 September lalu, beliau menceritakan rahsia di sebalik umurnya yang panjang itu ialah dengan menjaga makan, di samping menjauhi arak, rokok dan makanan ringan.Tanabe yang tinggal bersama-sama anak lelaki dan menantu perempuannya mempunyai lapan orang anak, 25 cucu, 53 cicit dan enam piut.


Jepun merupakan antara negara yang mempunyai penduduk yang memiliki jangka hayat paling panjang di dunia, sebahagiannya kerana diet tradisi mereka yang suka makan ikan, nasi dan sayur-sayuran.

Orang paling tua di dunia sekarang ialah seorang wanita Amerika Syarikat, Gertrude Baines, berusia 115 tahun. Wanita itu tinggal di Los Angeles.
Related Posts with Thumbnails

4 Komen:

Tie berkata...

Adoi laa.... bukan main susah nak bukak komen box ni.. dahlah terjumpa dengan hantu pompuan tu.. takut laa...

Alamak, terlupa nak komen apa, ya..

Oh ya, tabiat pemakanan yang baik sudah tentu menjadikan tubuh kita sihat. Ikut nasihat atuk tu , hehe....

The Muppets Boy berkata...

ei ye ker tie...susah ke nak bukak komen box ni..nape saye bukak baik2 je...

nadia berkata...

wah.. tekejut sakan...

The Muppets Boy berkata...

ape yg terkejutnya nadia?hehe

Catat Ulasan