Jumaat

Manusia Hidup Bersama Dengan Dinosaur ?

Cuba bayangkan jika Dinosaur yang besar tu wujud dan hidup bersama dengan manusia pada hari ini.Eii....

Adakah benar bahawa Dinosaur wujud di muka bumi ini dan akan hidup bersama dengan manusia pada suatu hari nanti ? Atau mungkin fakta/berita ini hanyalah khayalan dan kayangan dari sesetengah pihak sahaja.Baca fakta kat bawah ni lagi :


Perkataan dinosaur atau ‘dinosauria’ diperkenalkan ahli kaji purba Inggeris, Richard Owen pada 1842 dan ia berasa­l da­ri­pada perkataan Greek bermaksud ‘reptilia ganas’ atau ‘cicak ganas’. Perkataan itu digunakan bagi mewakili semua jenis spesies haiwan yang hidup jutaan tahun lalu tetapi sudah pupus.

Hingga kini, sebanyak 527 jenis spesies dinosaur sudah dikenal pasti dan saintis percaya ada 1,844 jenis dinosaur wujud suatu ketika dulu. Ada antara hidupan itu adalah herbivor dan karnivor, hidup di darat, lautan dan mampu terbang.

Sejak ditemui, pelbagai andaian dan fiksyen turut ‘mewarnai’ dunia misteri dinosaur antaranya filem Jurasic Park menyatakan bahawa spesies yang sudah pupus itu mampu dihidupkan kembali.

Suatu persoalan dan misteri lain yang dicetuskan beberapa pihak adalah ada antara dinosaur itu yang terselamat daripada pupus dan masih kekal hidup sehingga kini. Misteri itulah yang menyelubungi penduduk Tasik Loch di Scotland mengenai makhluk yang mereka gelar sebagai ‘Nessy’.

Mereka mendakwa sejenis spesies dinosour air iaitu ‘plesiosaurus’ masih wujud dan beberapa kali kelihatan di tasik itu. Sama ada dakwaan itu benar atau pembohongan masih menjadi misteri.

Mungkinkah masih ada spesies dinosaur air masih wujud tetapi tersembunyi di dasar lautan dalam yang masih belum mampu diterokai manusia ketika ini walaupun menggunakan peralatan sains dan teknologi?

Atau semua hidupan itu sudah pupus dan hanya meninggalkan fosil di bawah timbunan tanah di seluruh dunia. Mungkinkah di bawah tempat yang anda berada sekarang turut tertanam fosil dinosaur?
Related Posts with Thumbnails

0 Komen:

Catat Ulasan